Walaupun dah 44 hari berlalu (waaahh!! Da 44 hari berpantang! Yeay!!), tp yelah setiap kelahiran tu berbeza pengalamannya. Due date 25/11/12 which is on sunday. 2 days before due date, department wani hntr g training lah pulak. Suppose training tu 3 hari (khamis, jumaat, isnin). Tapi wani pergi 2 hari je, maknanya x complete lah training tu sbbnya isnin da beranak! Haha..tu lah sape suruh hntr training da dekat2 due date. 1 of speaker pun ada ckp, ni mesti x dtg hari isnin ni..hihi.. Panjang plak cte psl training tu.
Ok, masa due date (25/11/12) tu actually tgh tdo tiba2 terjaga. Tgk jam pukul 4am. Suddenly...whoossh..terasa ada air keluar. X byk la smpi basah katil ke ape kan, tp basahlah panties. Sekali tu je. Sbb lps2 tu check xde pape pulak. And sebenarnya since training tu ada rasa mcm leaking (ada air keluar n mbasahkan panties) tapi x byk pun. So ignore je sbb xde rasa contraction ataupun lendiran coklat2 kuar mcm anak 1st dulu. Meaning dah 2-3 hari la leaking tu.
Ok, sambung balik cerita hari due tu. That day, wani nk g jumpa hubby. Nak dating ngn hubby (sbbnya wani cuma boleh jumpa beliau sebulan sekali je). Sedih kan, sebulan sekali je dpt jumpa walaupun tgh sarat2 nk letop ni. Xpelah, terpaksa..redha je lah kan. Allah lebih mengetahui yg terbaik buat kami.
So, wani ni mmg excited la nk g jumpa suami tercinta. sbb tu wpun da org kata kuar air tu, tp nak gak g jumpa dia..hehe. Gagahkan juga diri ni. Yelah, igtkan baby nk kuar before due date..so bolehla bwk baby masa jumpa hubby. Dah baby xnak kuar lagi, bwk perut je lah. Baby nk dgr kata2 nasihat dr ayah dia dulu la tu baru nk keluar tgk dunia. So dah jumpa2, dating2, berpesan2..wani pun baliklah rumah. Otw balik, singgah makan kat kedai dulu tp wani rasa dah x lalu mkn dah. Dah start rasa lain macam tp wani diamkan je dulu. Rasa mcm full aje n perut pun da mengeras2.
Then da smpi rumah, dekat2 maghrib tu wani btau abah wani. Minta bwk g hospital ampang sbb wani nk check.
Yelah da rasa lain mcm, x sedap hati. So, abah kata lps isyak nnt pegi. Before pegi tu, wani mkn dulu apa yg patut. Sebab ada doktor tmpt wani keje btau, dia klu da ada tanda2 nk bersalin, dia makan siap2 sbb nnt nk bg ada energi. Hehe..so wani ikut tips dia la.
Sesampainya di hospital, mak wani tlg daftarkan. Wani pun btau doktor on call tu, da leaking bla bla bla ( mcm yg wani cte kat atas td) . Doktor agak marah..huhu..sbbnya da leaking melebihi 24hours and klu kira2 da 72 hours da leaking! Doktor kata , risiko pd baby takut jangkitan. Then, doktor2
HO ni decide dgn boss mlm tu..boss suruh admit. Before admit, check os baru buka 2cm. Buat CTG, fetal heart rate normal. Da start ada contraction. Tapi wani btau doktor, wani x rasa sakit sbb tu x dtg hospital. Huhu..then doktor scan dulu nk pastikan air ketuban masih mencukupi. Alhamdulillah masih mencukupi klu x...operate lah jawabnya! Maka, wani pun admit la. Mak ngan abah balik rumah dulu. Mujurlah dekat je.
Sesampainya di ward, dlm pukul 12mlm nurse dtg. Nak bg antibiotik. Dia pun btau doktor punya plan. Doktor start antibiotic as prophylaxis (prevention). Esok pagi doktor akan check klu os still buka 2cm,kena induce. Klu da melebihi 3cm, x perlu induce. Huuu..dlm hati doa byk2 moga x kena induce. Mmg x leh tdo lah mlm tu. Rmi juga kwn2 yg 'teman' dlm fb..hehe. Semua mendoakan yg terbaik untuk wani (tq semua).
Panjanglah pulak..hihi..xpe wani sambung next entry ye..