25 september 2012;
Pagi itu,beliau menghantar anak yang sedang mamai ke taska lalu dikucup dahi dan kedua belah pipi. Si anak melambai dan melangkah masuk ke dalam taska sambil diperhatikan oleh beliau.
Lalu kami berdua pergi ke sana bagi mendapatkan keputusan. Hampa. Kecewa. Anak yg 8 bulan di dalam kandungan turut merasakannya. Kulihat air jernih menitik dari matanya. Sedih. Sayu. Dikucup dahiku dan dipeluk erat. Berpegang tangan tidak mahu berpisah.
25 september 2013;
Setahun sudah berlalu, semoga suamiku sentiasa dilindungi dan tabah.
