Friday, 21 November 2014

Cerita saya yang x best

Assalamualaikum encik blog,
Lama dah x tulis pape dlm blog. Padahal selama ni pun bukan rajin sangat. Sebabnya, entah la.. X berapa pandai pun. Saje suka2 nak ada blog sendiri kononnya. Buat entri pun guna mobile je. X pandai nak fancy2 sangat mcm blog org lain. 
Hurmmm ape ye nak dibicarakan?
Cuba bg idea sikit....hihihi
.
.
.
.
.
Ok lah, xde idea. Cuma nak berkongsi kisah hidup yang xde la best sgt pun. 
Lagipun, bukan ada org yg baca pun kan...hihihihi
Sejak 2 tahun yg lepas, episod duka dalam hidup saya dan suami bermula. Walaupun duka, tapi saya yakin akhirnya nanti pasti sebaliknya. Ramai orang terutama kawan2 yg tau tentang apa yg kami lalui ni, bagi cadangan supaya sy kongsi kisah hidup kami ni dlm bentuk penceritaan melalui penulisan. 
Pada sy, x perlu kot smpi perlu nak tulis buku ke kan. First, sebab saya mmg xde langsung bakat menulis. Nak buat ayat yg sedap2 utk org baca. Nnt org x faham n rasa boring. 2nd, sebab sy rasa orang lain pun ada melalui kisah hidup yg hampir sama malah ada yg lebih menderita. Jadi, saya rasa x perlu kot smpi nak buat buku kan. Cukup la klu sy nk kongsi, sy kongsi di FB atau dlm blog ni je. 
Kisah ape? Pengalaman realiti kehidupan dan dugaan selepas berkahwin. 
Kan orang ckp, lepas kahwin baru bermulanya hidup.. Betul x?
Pada saya...ye...
Waktu bercinta bukan x hidup...hidup jugak.. Tp lebih kepada siti di alam fantasi...hihi. Itu saya lah... Org lain mgkn da lama hidup di alam realiti. 

Namun, walau apa pun yang terjadi....
Saya tetap menyayangi dan mencintai suami saya...insyaAllah hingga ke syurga. Semoga suami sy menjadi kunci buat sy ke syurga. 
Saya dah bersama suami saya sejak 11 tahun yang lepas. (Officially declared as couple 20.11.2003). Beliaulah yg pertama dan mudah2an yang terakhir buat saya.