Monday, 15 December 2014

Alfatihah buat bonda mertuaku

Tanggal 12/12/2014 pada jam 6.05 pagi, menyaksikan pemergian bonda mertuaku yang tercinta daripada alam dunia ini. 
Alfatihah... 

Bonda mertuaku, dikejarkan ke hospital daerah yang berdekatan setelah mengadu sesak nafas. Ketika di wad kecemasan, mak di'intubate' disebabkan keadaan yang sangat kritikal pada waktu itu. Menurut kakak ipar yang bertanggungjawab membawa ke hospital, mak terpaksa dipindahkan ke hospital lain kerana peralatan yg tidak mencukupi. Kurang daripada 24 jam admitted ke wad ICU, kami sekeluarga mendapat berita pemergiannya... 
Dalam fikiranku cuma 1, iaitu suamiku. 
Beliau berhak tahu. Saya terus whatsapp dan call direct kepada ustaz yg bertanggungjawab di sana. Sedih.... Mmg sedih.... 


Friday, 21 November 2014

Cerita saya yang x best

Assalamualaikum encik blog,
Lama dah x tulis pape dlm blog. Padahal selama ni pun bukan rajin sangat. Sebabnya, entah la.. X berapa pandai pun. Saje suka2 nak ada blog sendiri kononnya. Buat entri pun guna mobile je. X pandai nak fancy2 sangat mcm blog org lain. 
Hurmmm ape ye nak dibicarakan?
Cuba bg idea sikit....hihihi
.
.
.
.
.
Ok lah, xde idea. Cuma nak berkongsi kisah hidup yang xde la best sgt pun. 
Lagipun, bukan ada org yg baca pun kan...hihihihi
Sejak 2 tahun yg lepas, episod duka dalam hidup saya dan suami bermula. Walaupun duka, tapi saya yakin akhirnya nanti pasti sebaliknya. Ramai orang terutama kawan2 yg tau tentang apa yg kami lalui ni, bagi cadangan supaya sy kongsi kisah hidup kami ni dlm bentuk penceritaan melalui penulisan. 
Pada sy, x perlu kot smpi perlu nak tulis buku ke kan. First, sebab saya mmg xde langsung bakat menulis. Nak buat ayat yg sedap2 utk org baca. Nnt org x faham n rasa boring. 2nd, sebab sy rasa orang lain pun ada melalui kisah hidup yg hampir sama malah ada yg lebih menderita. Jadi, saya rasa x perlu kot smpi nak buat buku kan. Cukup la klu sy nk kongsi, sy kongsi di FB atau dlm blog ni je. 
Kisah ape? Pengalaman realiti kehidupan dan dugaan selepas berkahwin. 
Kan orang ckp, lepas kahwin baru bermulanya hidup.. Betul x?
Pada saya...ye...
Waktu bercinta bukan x hidup...hidup jugak.. Tp lebih kepada siti di alam fantasi...hihi. Itu saya lah... Org lain mgkn da lama hidup di alam realiti. 

Namun, walau apa pun yang terjadi....
Saya tetap menyayangi dan mencintai suami saya...insyaAllah hingga ke syurga. Semoga suami sy menjadi kunci buat sy ke syurga. 
Saya dah bersama suami saya sejak 11 tahun yang lepas. (Officially declared as couple 20.11.2003). Beliaulah yg pertama dan mudah2an yang terakhir buat saya. 

Monday, 7 July 2014

Stress ke???

Kadang-kadang aku rasa stress
Kadang-kadang rasa biasa-biasa je
Kadang-kadang tak ada rasa apa-apa pun
Sekarang ni tgh stress. Tp xtau lah kenapa. Mungkin jugak rindu. Rindukan beliau yg di sana. Di balik tembok berpagar itu. Lagi beberapa hari je kami nak dating. Biweekly scheduled dating. 
Harapnya akan ada berita gembira buat beliau dalam masa terdekat. X berani nak terlalu mengharap, takut kecewa. 
Doakan untuk beliau, suamiku. 
Semoga beliau dapat dibebaskan segera. 

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadhan to all.

Never judge a person from his past. 
Everybody deserves a second chance, even third or fourth. 
Don't look down other people's effort of being a better soul. 

-wani-