Monday, 15 December 2014

Alfatihah buat bonda mertuaku

Tanggal 12/12/2014 pada jam 6.05 pagi, menyaksikan pemergian bonda mertuaku yang tercinta daripada alam dunia ini. 
Alfatihah... 

Bonda mertuaku, dikejarkan ke hospital daerah yang berdekatan setelah mengadu sesak nafas. Ketika di wad kecemasan, mak di'intubate' disebabkan keadaan yang sangat kritikal pada waktu itu. Menurut kakak ipar yang bertanggungjawab membawa ke hospital, mak terpaksa dipindahkan ke hospital lain kerana peralatan yg tidak mencukupi. Kurang daripada 24 jam admitted ke wad ICU, kami sekeluarga mendapat berita pemergiannya... 
Dalam fikiranku cuma 1, iaitu suamiku. 
Beliau berhak tahu. Saya terus whatsapp dan call direct kepada ustaz yg bertanggungjawab di sana. Sedih.... Mmg sedih.... 


No comments:

Post a Comment