25/11/2012 @ around 4 am:Waktu ni dah genap 40 minggu usia kandungan. Nak bangun drp tempat tidur punyalah payah.. Tengah2 tidur tu tetiba terjaga sbb suddenly ada rasa "whoosshh".. Dan ianya basah..Leaking yg agak byk. Cek2 kat cadar, ok belum pecah lagi ketuban..fuhhh lega.. Lega kenapa? sbb ...hari ni nak gi dating jumpa ayah. (Ni tahun lepas punya cerita ye)
Sbnrnya , lps dah leaking tu da start rasa x selesa. Perut da start mengeras byk kali dah..tp buat xtau je. Sbbnya excited nak gi jumpa ayah. So, pagi tu siap2 mcm biasa dgn perut yg sgt besar waktu tu.. Gi jumpa ayah beramai2.. Minta restu, minta maaf, minta halal makan minum, nangis2 drama sikit..then tamatlah tempoh 45minit dating. Balik dating, singgah makan lunch kat kedai berhampiran. Order nasi ayam. Nampak sedap, rasa dia pun ok la..panas2 berasap lg. tapi..x selera nak makan, sbb perut da start sakit..mmg da rasa lain macam badan ms tu.. Perut mmg mengeras dgn agak kerap..tp emm,xde pulak rasa cramp2 ke..so entahla confuse dgn diri sendiri xtau contraction ke ape.. Sedangkan ni dah anak yg ke2.
Memandangkan hari ni cuti, maka aktiviti lps dah balik dating tu adalah tidur.. Lama pulak tu tidur, mcm tau2 je tgh mlm nnt akan bersengkang mata akibat menahan sakit contraction..
Then masa tu, dah maghrib..rasa lain mcm sgt2 dah..btau abah nk gi hospital. Nak check, sbb dah rasa lain mcm dah bdn..lps isyak br pegi. Sesampai di hospital, btau da leaking awal pagi n sbnrnya da bbrp hari sblm tu lagi dah leaking.. Kena marah ! X la marah tengking2, tp kata2 nasihat yg ada sikit kemarahan la drp doktor2..hehe.. Tp wat ultrasound, air ketuban ok lagi.. So, ok what.. Hehe.. Buat ctg doktor kata ada contraction, kuat.. Tp empunya bdn x rasa sakit sgt waktu tu. cuma rs badan x sedap je..xtau nk explen camne.. Dan laluan dah buka 3cm. Sama mcm masa nk bersalin Haziq dulu, dtg hospital malam2 dah buka 3cm terus admit.
Lps dah admit, nurse dtg bg antibiotik sbb katanya da leaking more than 24 hours so kena start antibiotik for prophylactic. Lps dari tu lah..baru rasa contraction.. Berdasarkan pengalaman anak 1st, instinct mengatakan tahap kesakitan mcm tu rasanya dah buka 5cm.. Yes, it is true! Doktor check mmg da bukak 5cm so xpyh induce..ye la plan nk induce dgn alasan dah leaking more than 24 hours.. Maka, bergerakla ke labor room seorang diri..tanpa suami di sisi (ok, ni sedih..sbb waktu bersalin suami mmg patut ada bersama. Bg moral and emotional support. Waktu ni cuma boleh bygkan support yg beliau beri ms anak 1st dulu. N sy tau, waktu ni dia tgh solat hajat utk saya. So, doa tu sampai.. 😊)
Dalam labor room, of course jadi restless sbb sakit.. Mmg xde painkiller lgsg..tp at least ada sorg nurse (senior da dia ni, pangkat makcik2 dah) dia cakap kat sy dgn lemah lembut.."dik, zikir byk2..tau mmg sakit nk bersalin.. Tapi sakit tu kan penghapus dosa.. Ingat tuhan, zikir..doa byk2.."
Pain relief tau! Sikit la.. Tp pastu restless balik.. At least dia x maki hamun kan..
26/11/2012:
Akhirnya, tepat jam 9.26am 26/11/2012, hari Isnin.. Lahirlah putera kedua psgn Mohamad Izuwanshah & Hazwani ke muka bumi ini. Diberi nama Muhammad Umar Hafiz bin Mohamad Izuwanshah ( jenuh nk isi borang masuk sekolah..hihi) maksud nama: yang terpuji ,yang memakmurkan , pelindung (penjaga).
Semoga anak mak membesar dgn sihat dan menjadi Umar Hafiz yg soleh dan berguna utk keluarga dan masyarakat.